Singapura bayar Taylor Swift tidak anjur konsert di negara ASEAN – PM Thailand
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa bahawa siri konsert jelajah Taylor Swift, Eras Tour akan diadakan secara eksklusif di Singapura dan mengecualikan negara-negara lain di rantau ASEAN.
Laman berita Business Today melaporkan, perjanjian yang didakwa ditandatangani kerajaan Singapura dan bintang pop itu menyebabkan peminat di seluruh Thailand dan negara-negara ASEAN lain kecewa.
Keterujaan peminat Swift di rantau ASEAN untuk menghadiri konsert itu pudar susulan pendedahan mengenai perjanjian eksklusif dengan Singapura.
Srettha menyuarakan kekecewaannya sekalipun mengakui populariti penyanyi dari Amerika Syarikat (AS) itu tinggi dalam kalangan peminat di rantau ASEAN.
Bercakap dalam satu acara perniagaan di Bangkok, Srettha mendedahkan bahawa penganjur acara, AEG Presents telah memberitahunya tentang pengaturan itu.
Tambah beliau, Singapura telah mencadangkan pakej kewangan antara AS$2 juta (RM9.56 juta) hingga AS$3 juta (RM14.3 juta) bagi setiap pertunjukan, bergantung kepada tahap eksklusif acara itu.
Jelas Srettha, kerajaannya sedang berusaha menarik lebih ramai artis ‘A-list’ ke Thailand menjelang akhir tahun dan mengakui cabaran yang berkaitan dengan penganjuran konsert sebesar itu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source