“Ryzal Pun Selesai Bayar Denda..” – Kes Persendakan Pakaian Tradisional Kaum Iban Sudah Selesai, Ryzal Ibrahim Didenda RM10K
Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim telah mengaku bersalah di Mahkamah Miri, Sarawak hari ini atas dakwaan menghina pakaian tradisi kaum Iban Sarawak pada 2021 lalu.
Didenda RM10K
Susulan pengakuan itu, peguam yang mewakili Ryzal telah memberitahu bahawa anak guamnya telah didenda sebanyak RM10K selepas pempengaruh itu membuat pengakuan di mahkamah hari ini.
Tambahnya lagi, kes tersebut telah pun selesai dan Ryzal juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Ryzal pun pernah mohon maaf di semua platform media sosial susulan isu itu dan mengaku salah serta tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10K. Ryzal pun sudah selesai membayar denda tersebut tadi.
Ryzal beri sumbangan
Bukan itu sahaja, difahamkan juga pempengaruh ini ada memberi sumbangan kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas kepada rakyat Sawarak sebanyak RM10K sebagai tanda maaf.
Pada May 2021, Ryzal Ibrahim sempat tular apabila dia dilihat mempersendakan pakaian tradisional yang dipakai isterinya, Maryam ketika itu. Dirinya juga membandingkan aksesori pakaian itu dengan duit syiling dan kain buruk.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source