Kerajaan fokus tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal
PETALING JAYA – Kerajaan akan terus memberi fokus terhadap usaha menambah baik kebajikan golongan pekerja bagi sektor tidak formal seperti yang diketengahkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, Datuk Zunika Mohamed berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Program i-Saraan secara sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditambah baik dengan meningkatkan nilai caruman padanan kepada maksimum RM500 setahun untuk setiap individu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran laporan Pekerjaan Sektor Tidak Formal di Malaysia: Trend, Cabaran dan Peluang untuk Pembaharuan di ibu negara, hari ini.
Laporan yang dilancarkan itu merupakan usaha kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kumpulan Bank Dunia melalui Reimbursable Advisory Services yang mengkaji analisis skala dan trend pekerjaan sektor tidak formal serta meneliti peraturan, dasar dan program yang dijalankannya.
Sementara itu, Zunika berkata, untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja tidak formal, kerajaan bersedia untuk mengembangkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.
Katanya, skim kredit mikro juga disediakan untuk menambah baik akses perkhidmatan kewangan untuk pekerja tidak formal.
Dalam pada itu, Zunika turut memaklumkan bahawa pekerja tidak formal di negara ini masih berdepan dengan isu tabungan dan perlindungan persaraan termasuklah risiko kesihatan serta kecederaan.
Katanya, ketidakupayaan atau keengganan pekerja untuk membuat caruman dan mengambil skim insurans sosial menyebabkan terdapat perbezaan ketara dalam perlindungan sosial untuk pekerja tidak formal dengan formal.
“Melalui kajian yang dijalankan mendapati peratusan pekerjaan tidak formal secara keseluruhannya telah menurun daripada 38.2 peratus pada 2009 kepada 26.8 peratus pada 2022 namun disebabkan peningkatan aktiviti pendigitalan, jumlah pekerja gig semakin meningkat kini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source