Abdul Hadi tidak hadir Parlimen kerana tidak sihat
PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan pada istiadat pembukaan sidang parlimen hari ini kerana perlu mengikuti sesi rawatan susulan di Terengganu.
Setiausaha Politiknya, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata, keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu juga tidak mengizinkan untuk hadir pada istiadat tersebut.
“Kesihatan tuan guru (Abdul Hadi) tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan dan ada beberapa rawatan susulan di Terengganu,” katanya.
Mohd. Syahir berkata, pihak Parlimen juga sudah dimaklumkan mengenai keuzuran Abdul Hadi ketika ini.
“Surat dan sijil cuti sakit hospital telah dihantar kepada Tan Sri Speaker semalam untuk makluman,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan Abdul Hadi mendapat perhatian orang ramai selain ada juga yang memberi reaksi negatif.
Pada istiadat yang berlangsung pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyampaikan titah diraja pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source