Guardiola lega skuad kembali sempurna
LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, beliau tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain tertentu, sebaliknya menuntut komitmen penuh daripada seluruh pasukan untuk mengharungi baki saingan mencabar selepas ini.
Selepas sekadar menang 1-0 ke atas Bournemouth kelmarin, Guardiola mahu anak-anak buahnya bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat menjelang aksi pusingan kelima Piala Fa menentang Luton Town di Kenilworth Road awal pagi esok.
Paling menggembirakan Guardiola apabila dua pertahanannya, John Stones dan Manuel Akanji kembali menemui sentuhan terbaik selepas mengalami kecederaan, malah Josko Gvardiol juga hampir pasti kembali menyertai pasukan.
“John (Stones) berdepan banyak kesukaran sepanjang musim ini, situasinya cukup berbeza berbanding Phil Foden yang hanya memerlukan dua sesi latihan untuk kembali cergas sepenuhnya.
“Keadaannya sukar, namun selepas kembali dia sudah pun bermain dengan baik.
“Semua orang adalah watak penting, Kevin De Bruyne sudah mendapat minit permainan, begitu juga dengan Jack Grealish. Sudah pasti kami akan menurunkan mereka pada perlawanan selepas ini kerana kami sekarang memerlukan khidmat semua pemain,” katanya.
Dalam masa sama, Guardiola juga membayangkan pasukannya kini berdepan isu keletihan selepas mengharungi jadual padat, namun bertegas keinginan pasukan cukup jelas iaitu memastikan kemenangan.
“Sudah pasti kami letih, tetapi inilah hakikatnya. Kami perlu segera jalani proses pemulihan, dapatkan tidur dan makan yang mencukupi.
“Walaupun ia mencabar, kami akan melakukan semua itu untuk harungi segala cabaran selepas ini. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source