Tiga warga UPSI jadi imam tarawih di Oxford, Australia
TANJUNG MALIM – Dua penuntut tahfiz dan seorang pegawai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih menjadi tenaga pengajar dan imam solat tarawih Ramadan ini di Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS) Universiti Oxford, United Kingdom, Dewan Malaysia Sydney dan Dewan Malaysia Melbourne, Australia.
Ikram Hakim Mat Nasir, pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qira’at dengan Pendidikan akan menjadi ‘Qari-in-Residence 1445H’ di Pusat Pengajian Islam Oxford.
Sementara itu, Nasrul Zikri Mohd Nazri, pelajar ijazah yang sama bertugas di Dewan Besar Melbourne dan Pegawai Tadbir Pusat Islam UPSI, Muhammad Majdan Ismail di Dewan Besar Malaysia Sydney.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, ketiga-tiga warga universiti itu akan membabitkan diri dalam pelbagai program pendidikan, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan khidmat komuniti yang akan memberi nilai tambah kepada pelajar dan pegawai.
“Program tersebut bakal melahirkan golongan huffaz profesional yang bersifat global melangkaui bilik darjah dan mampu mengangkat martabat al-Quran dari semua sudut.
“Saya menzahirkan rasa syukur dan bangga kerana ini ialah satu pencapaian dan pengiktirafan Universiti Oxford, universiti terbaik dunia dan pejabat Education Malaysia Australia kepada UPSI dan Malaysia,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source