Sindiket edar ‘jantung ganja’ tumpas di Pulau Pinang
GEORGE TOWN – Empat suspek tempatan termasuk pasangan suami isteri diberkas selepas disyaki terlibat sindiket pengedaran ganja dalam serbuan berasingan di sekitar Tanjong Tokong dan pusat bandar, semalam.
Dalam operasi bermula pukul 10 malam hingga 11 pagi hari ini, polis turut merampas 21 kilogram dadah jenis ganja termasuk ‘jantung ganja ‘ yang keseluruhannya bernilai RM66,000.
Difahamkan, jantung ganja itu merupakan pucuk bunga ganja dan mempunyai nilai tinggi iaitu berharga RM5,000 sekilogram berbanding ganja biasa yang bernilai sekitar RM3,000 sekilogram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam operasi itu sebanyak tiga serbuan dilakukan dan polis menangkap tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 28 tahun hingga 41 tahun yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
“Dalam serbuan pertama, pihak polis menangkap dua suspek lelaki yang disyaki ‘runner’ sindiket ini di kawasan tempat parkir kereta di George Town.
“Polis menemui sebuah kotak berwarna coklat yang di dalamnya mengandungi lima ketulan mampat dadah jenis ganja anggaran berat 5,000 gram bernilai RM17,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.
Menurut beliau, susulan penahanan dua runner itu, polis kemudian berjaya menangkap seorang lelaki tempatan disyaki ketua sindiket itu di kawasan Tanjung Tokong.
“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Tanjung Tokong dan menahan seorang wanita yang merupakan isteri kepada ketua sindiket ini,” katanya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan di kondominium itu polis menemui sebuah kotak plastik berwarna biru di dalamnya mengandungi 14 ketulan mampat daun-daun kering dadah jenis ganja anggaran berat 12,000 gram bernilai RM37,000.
“Polis turut menemui sebuah kotak berwarna coklat didalamnya mengandungi 14 bungkusan plastik dadah jenis ganja anggaran berat 4,000 gram bernilai RM12,000.
“Turut dirampas adalah pucuk ganja yang dikenali jantung ganja, permintaan pucuk ganja adalah tinggi dan lebih mahal namun begitu pengeluarannya adalah amat terhad,” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, hasil risikan mendapati sindiket tersebut telah bergiat aktif sejak September tahun lalu untuk pasaran tempatan.
“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramαι 50,000 orang atau 50,000 kali penggunaan. “Hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang tangkapan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) selain mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.
“Kesemua tangkapan akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 14 Mac ini untuk siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya polis turut menyita dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton dan motosikal dengan jumlah keseluruhan sitaan RM12,500. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source