Tiga bulan getir buat Aaron-Wooi Yik
BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggalas misi cukup berat dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum temasya Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirainya bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Bekas juara dunia itu perlu kembali berada di prestasi sebenar sekiranya berhasrat untuk menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.
Pada Terbuka Perancis di Paris, Aaron-Wooi Yik gagal melangkah lebih jauh apabila menamatkan Jelajah Dunia Super 750 itu di suku akhir selepas tewas 19-21, 16-31 kepada beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae kelmarin.
Wooi Yik berkata, mereka sudah belajar sesuatu daripada kekalahan itu selain meletakkan sasaran untuk terus mengejar beregu-beregu yang berada di atas bagi mencapai prestasi maksimum di Olimpik nanti.
“Bagi saya, ini adalah proses untuk kami terus meningkatkan tahap permainan sendiri. Kami belajar sesuatu daripada perlawanan hari ini (kelmarin) dan sudah melakukan yang terbaik bertemu mereka.
“Kami perlu memperbaiki beberapa kelemahan seperti kepantasan dan pergerakan bagi mengejar beregu-beregu lain. Sangat penting untuk kami menganalisis lawan kerana tempoh tiga bulan terakhir ini cukup penting,” katanya kepada BWF.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu boleh dianggap sebagai pemain negara paling menyerlah musim ini apabila dua kali melangkah ke suku akhir pada Terbuka Malaysia dan Terbuka Perancis selain mara ke separuh akhir Terbuka India.
Sementara itu, Aaron menganggap gelanggang di Arena Porte de la Chapelle yang merupakan venue rasmi badminton pada Olimpik Paris sesuai untuk pemain-pemain yang gemar bermain secara menyerang.
“Saya fikir arena cukup bagus untuk Olimpik nanti kerana sudah bermain tiga perlawanan di sini. Mungkin keadaan sedikit berangin dan sesuai untuk menyerang, jadi kami perlu berjaga-jaga nanti,” ujarnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source