“Kenapa Bukan PA Tolong Angkat Barang? Tak Ajak Bella Sekali Ke Makan-Makan?
Umum mengetahui, selepas hampir seminggu, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu mereka ditangkap khalwat.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Eyra Hazali yang tampil bersuara mengenai kenyataan Ruhainies.
BACA: Produk Kecantikan Dipuji Kaburkan Muka Ruhaines Dalam Iklan Ramadan
Menerusi X, Eyra mempersoalkan mengenai kenyataan Ruhainies di mana pembantu peribadinya yang dikatakan konvoi bersama ketika pulang dari lokasi penggambaran menuju ke Kuala Lumpur itu.
Malah, Eyra turut bertanyakan adakah Aliff juga risau akan keelamatan dirinya apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang ketuk pintu rumah.
Dalam pada itu, Eyra turut tertanya-tanya mengapa Bella Astillah tidak diundang sekali untuk makan bersama kerana mereka juga dikatakan berkawan baik.
Sebelum ini menerusi kenyataan itu, Ruhainies berkata pada malam tersebut adik beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya.
Malah, Ruhainies turut menjemput Aliff untuk turut serta memandangkan baru saja selesai menjalani penggambaran dan dia turut mengenali keluarga serta adik beradiknya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source