PTPTN beri diskaun berjumlah RM57.78 juta
KUALA LUMPUR – Lebih 394,000 peminjam telah menikmati insentif diskaun bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan nilai keseluruhan RM57.78 juta bagi tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Januari lalu.
PTPTN dalam satu kenyataan media berkata, jumlah diskaun sebanyak RM57.78 juta itu melibatkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.
“PTPTN mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada semua peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman sekali gus menikmati insentif diskaun yang diberikan,” kata kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, PTPTN menjelaskan, melalui pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi tiga kategori.
Menurut PTPTN, kategori pertama adalah diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, manakala kategori kedua diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Kategori ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” kata PTPTN.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid menerusi kenyataan sama berkata, PTPTN mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN.
Justeru, beliau menyeru kepada peminjam PTPTN untuk merebut peluang menikmati insentif diskaun yang telah disediakan sehingga 31 Mac 2024 tersebut.
Kata beliau, komitmen peminjam membuat bayaran balik amat dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang sekaligus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.
“Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra yang dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan para peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik dan tampil berbincang dengan PTPTN sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana PTPTN sedia membantu.
“PTPTN juga telah menyediakan pelbagai saluran bayaran balik bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik termasuk melalui aplikasi myPTPTN yang lebih mudah, cepat dan selamat,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source