“Senang Betul Jadi Lelaki Zaman Sekarang, Ambil Mudah Hal Nikah”
Pelakon Abby Abadi dilihat ada memberikan pendapatnya terhadap segelintir kaum lelaki yang mengambil mudah tentang perkahwinan dan tanggungjawab mereka sebagai suami.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby memberikan pendapat itu selepas bekas pemain bola sepak, Safee Sali mengaku sudah berkahwin lain.
BACA: “Tak Dapat Dihubungi? Saya Dah Pindah Mongolia Semalam” – Abby Abadi
Menurut Abby, beberapa bulan sebelum ini bekas pemain bola itu dilihat bahagia bersama bekas isterinya itu sebelum disahkan bercerai semalam.
“Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin dengan orang lain.
“Senang betul jadi lelaki zaman sekarang ini, ambil mudah je hal nikah kahwin. Tak fikir ke kalau bercerai pun tanggungjawab masih ada. Nikah kahwin tu pilihan ya, sekian,” tulisnya.
Terdahulu, bekas isteri Safee mendakwa suaminya telah melafazkan cerai pada 11 Februari 2024 menerusi voice note kepadanya.
Safee Sali dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source