Bersatu akan kosongkan kerusi MP sokong PM?
PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil beberapa langkah susulan berikutan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pindaan Perlembagaan Bersatu itu membabitkan pelucutan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.
Katanya, langkah susulan itu bagi memastikan segala tindakan selepas ini akan mengikut perlembagaan dan undang-undang.
Pada masa sama, beliau yang juga Ketua Pembangkang memaklumkan, Bersatu sedang melunaskan proses pemerkasaan parti.
“Bersatu menzahirkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan kerana meluluskan pindaan Perlembagaan Bersatu.
“Pada 2 Mac lalu, pindaan berkenaan telah diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti.
“Beberapa langkah susulan akan diambil bagi memastikan segala tindakan selepas ini mengikut perlembagaan dan undang-undang.
“Pada masa sama, proses pemerkasaan parti sedang dilunaskan. Insya-Allah, Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) akan kekal menjadi suara dan pilihan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source