[VIDEO] Tunjuk pandai kecam tajwid imam, rupanya bacaan ikut qiraat
PETALING JAYA – Seorang individu ‘tunjuk pandai’ mengatakan bacaan al-Fatihah oleh imam adalah salah sewaktu dia menunaikan solat tarawih di Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Menerusi status pada Facebook, individu tersebut difahamkan bukan pelajar atau kakitangan USIM turut meminta pihak masjid supaya memperbetulkan bacaan imam tarawih itu yang didakwanya salah membaca harakat.
“Malam ini pertama kali dekat masjid USIM, imam tarawih aku rasa baca salah surah al-Fatihah. Aku ingat salah dengar, tapi bila masuk rakaat kedua, ketiga sampai lapan rakaat, bacaan sama diulang.
“Ayat keempat, beliau baca ‘malikiyaumiddin’ setahu dibaca panjang ‘maaa’. Satu lagi ayat akhir pun salah. Kalau ada pelajar USIM yang solat sekali tadi, pastikan apa yang aku dengar bacaan imam tadi. Harap pihak masjid USIM perbetulkan bacaan imam,” menurut status tersebut.
Bagaimanapun, salah faham itu kemudian dijelaskan oleh Pusat Islam USIM bahawa imam tarawih tersebut membaca surat al-Fatihah mengikut bacaan qiraat Imam Ibn Kathir Riwayat Qunbul.
Turut dikongsikan video sebelum solat sunat tarawih bermula yang mana imam itu telah memaklumkan jemaah mengenai bacaan al-Fatihah tersebut.
“Jangan salah faham ya bacaan qiraat ni,” menurut kapsyen pada video itu.
Mengikut bacaan al-Fatihah qiraat Imam Ibn Kathir Riwayat Qunbul, huruf mim pada perkataan ‘malikiyaumiddin’ dibaca satu harakat, manakala huruf sod pada perkataan ‘siroto’ dibaca seperti huruf sin.
Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama yang baharu pertama kali mengetahui mengenai ilmu qiraat berkait al-Quran.
Ada juga pengguna TikTok menerangkan, bagi pelajar dan kakitangan USIM, mereka sudah biasa dan sedia maklum apabila menunaikan solat jemaah di Pusat Islam USIM yang mana imam sering membaca al-Fatihah bertukar-tukar qiraat.
“Kat USIM ni memang akan tukar-tukar qiraat sebabnya tenaga pengajarnya mahir dan tak jadi masalah pun. Sebelum solat, imam dah nyatakan qiraat apa yang nak dibaca,” komen Qasyafofficial.
Selain itu, ada juga pengguna TikTok memberitahu, kemungkinan jemaah yang hadir mengkritik bacaan imam tarawih tersebut kerana tidak arif dengan ilmu qiraat.
“Mungkin yang beri kenyataan tu tak arif atau tak tahu tentang qiraat. Harapnya dengan ada pendedahan oleh imam-imam bacaan macam ni, bagi masyarakat lebih kenal tentang qiraat,” kata kurokochin.
Ilmu qiraat adalah suatu ilmu membincangkan tentang cara menyebut kalimah al-Quran bersandarkan daripada ulama-ulama qiraat.
Majoriti umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia pada hari ini membaca al-Quran mengikut Riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim. – KOSMO! ONLINE
@pusatislamusim Jangan salah faham ya bacaan Qiraat ni. #pusatislamusim #fyp #imam #ramadan #viral ♬ Tension / fear / suspense horror(1066762) – Lyrebirds music
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source