“Orang Dah Ludah, Takkan Nak Diam Lagi..” – Tidak Terkesan Dikecam Buka Tudung, Fathia Latiff Enggan Diam Diri ‘Dipijak’ Netizen
Baru-baru ini, media hiburan telah digemparkan dengan penampilan baru aktres sensasi, Fathia Latiff kembali tidak lagi mengenakan hijab. Katanya, dia sudah menemui dirinya.
Menemui diri
Menurut pelakon ini, dia tidak mahu ambil pusing tentang kecaman dan kritikan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia terhadap penampilan barunya.
Saya sudah menemui diri, itu sahaja yang boleh saya jawab. Saya juga tak peduli apa orang nak kata.
Pertahankan hak
Sebelum ini, Fathia telah tampil tidak bertudung di laman Instagram di awal tahum ini. Difahamkan, Fathia mula mengenakan hijab sekitar 2016 dan kemudiannya, membuka tudung sekitar 2019.
Bukan itu sahaja, ketika ditanya berkenaan isu perbalahan dirinya bersama netizen yang tular di media sosial, katanya, dia tidak mahu berdiam diri apabila dikecam dan diserang oleh pengguna media sosial.
Bila orang maki, takkan saya nak diam? Saya ada perasaan dan sabar saya juga hadnya. Saya bagi contoh, kalau orang cucuk pisau, takkan kita nak biar sahaja?
Orang sudah cucuk, maki dan ludah takkan nak diam lagi? Jadi, makilah balik. Kenapa saya nak duduk diam apabila netizen berlawan dengan saya?
Saya perlu pertahankan hak saya. Saya rasa patut ada undang-undang dan mereka yang bercakap sesuka hati itu patut disaman.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source