Qantas ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran
SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas melencongkan penerbangan jarah jauh antara Perth dan London bagi mengelak ia memasuki ruang udara Iran semasa ketegangan yang semakin meruncing.
Jurucakap Qantas berkata, syarikat penerbangan tersebut akan melakukan penyesuaian buat sementara waktu disebabkan situasi yang melanda Iran dan Israel.
Jelasnya, setiap pelanggan juga akan dihubungi secara langsung sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada tempahan tiket penerbangan mereka.
Penerbangan Perth-London yang kebiasaannya mengambil masa selama 17 jam setengah tanpa henti, kini akan singgah di Singapura untuk mengisi minyak sekaligus membolehkannya membawa muatan penuh penumpang di laluan alternatif.
Perkhidmatan London ke Perth pula akan diteruskan tanpa henti di laluan yang diatur semula disebabkan gerakan angin semasa.
Sementara itu, semua penerbangan lain tidak terjejas.
Qantas menyertai syarikat penerbangan lain termasuk Lufthansa dan anak syarikatnya, Austrian Airlines untuk melencongkan laluan penerbangan bagi mengelak melalui ruang udara Iran. -AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source