Giliran Crystal Palace tambah derita Liverpool
LIVERPOOL – Peluang Liverpool untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini seakan makin sukar apabila tewas 0-1 kepada Crystal Palace di Anfield, sebentar tadi.
Keputusan ini juga adalah kekalahan pertama The Reds kepada Crystal Palace sejak April 2017 yang menyaksikan Liverpool tewas 1-2.
Berbanding skuad yang menyaksikan Liverpool tewas 0-3 kepada Atalanta di suku akhir Liga Europa sebelum ini, Jurgen Klopp melakukan lima perubahan dalam kesebelasan utama termasuk kembali menyenaraikan Alisson Becker di posisi penjaga gol.
Selepas sering bolos dalam lapan aksi di Anfield sebelum ini, Liverpool seakan masih gagal mempertahankan gawangnya daripada terus bocor apabila Eberechi Eze membuka jaringan buat Crystal Palace pada minit ke-14.
Empat minit selepas itu kesilapan Virgil van Dijk yang tergelincir hampir menghadiahkan gol kedua kepada Crystal Palace sebaliknya percubaan Jean-Philippe Mateta berjaya dipintas oleh Andy Robertson di atas garisan gol.
Ketika Crystal Palace seakan mula mendapat rentak, The Reds yang kerap kali berjaya memecah benteng lawan wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan deretan peluang terhidang.
Minit ke-55, The Reds terus terlepas peluang terbaik apabila rembatan jarak dekat Darwin Nunez menuju tepat ke arah penjaga gol lawan, Dean Henderson.
Selang 20 minit selepas itu, giliran Curtis Jones dipalit kecewa, mempersiakan situasi satu lawan satu dengan Henderson apabila sepakan meliar ke arah kiri gawang Crystal Palace.
Kualiti yang ditunjukkan Crystal Palace ketika melakukan tugasan bertahan terus menghampakan The Reds dan kekalahan ini makin menyukarkan peluang untuk memburu kejuaraan musim ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source