“Kubur Elok Macam Rumah Banglo Melawat Tak, Esok Aku Mati Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM
Setiap kali menjelangnya bulan Syawal, sudah menjadi kebiasaan untuk umat Islam menziarahi kubur keluarga tersayang yang sudah pergi meninggalkan mereka.
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra dikenali sebagai Kak KM turut menziarahi kubur arwah ayahnya dan hal itu dikongsikan di laman Instagramnya.
Ayah seorang insan yang baik
Dalam hantaran tersebut, Kak KM memberitahu ayahnya merupakan insan yang sangat baik dan tidak pernah mempunyai sifat dengki terhdap orang lain.
Arwah papa Rosli orang baik yang tiada dosa dengan manusia.
Mahu pusara ditanda batu nisan
Sementara itu, anak kepada pelakon Norman Damanhuri tersebut berkata dirinya pernah berpesan kepada anak-anak seandainya dia meninggal dunia, dia hanya mahu pusaranya ditanda batu nisan saja sama seperti Allahyarham bapanya.
Korang yang kubur elok-elok macam rumah banglo melawat tak. Aku pesan siap dah kat anak-anak, esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai.
Sementara itu, Kak KM turut sempat membidas netizen yang mengecamnya kerana mencium pusara arwah bapa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source