“Bagi Saya Inilah Cara Saya Bercakap..” – Dikritik Pelat Ketika Bertutur Bahasa Melayu, Netizen Ramai ‘Backup’ Leona
Sering menjadi tumpuan pengguna media sosial, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona baru-baru ini kembali mengundang kecaman netizen apabila dirinya memuat naik video bercakap dalam Bahasa Melayu.
Cara saya cakap normal
Membalas kepada komen netizen, pempengaruh ini berkata dia sering menerima soalan dan kritikan dari orang ramai tentang cara dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Katanya, dia menganggap caranya bercakap adalah normal bukan seperti yang dikatakan netizen.
Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.
Tapi bila saya muat naik video dan cakap Bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.
Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap.
Respon netizen
Dalam pada itu, melihat ke ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi sokongan dan dorongan kepada anak aktor ini untuk terus memperbaiki Bahasa Melayu dan tidak mengambil pusing kecaman yang dilontarkan di media sosial.
Bukan tak fasih cuma Leona tak tahu nak susun ayat macam mana je sebab tu kadang jadi terbelit perkataan tu.
Tak apa Leona at least awak cuba.
It sounds normal kat kawan sekeliling awak sebab kawan awak pun cakap macam tu kot, tapi tak apa awak comel cakap macam tu.
@leonathe2nd Replying to @niyy♡ ♬ original sound – le yoooooooo na
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source