(VIDEO) “Adik Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik, Pahala Adik Bagi Dekat Papa” – Marissa Mohon Ampun Pada Norman Hakim Jadi Tumpuan
Tular baru-baru ini apabila pelakon sensasi, Norman Hakim ada memuat naik video sambutan hari raya Aidilfitri bersama anak perempuannya, Marissa Dania di Instagram.
Difahamkan, video itu juga adalah untuk tujuan ‘marketing’ satu produk makanan popular.
Dalam video tersebut, Norman dilihat tidak dapat menahan sebak lagi-lagi di saat Marissa memohon ampun maaf kepadanya.
Adik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Pelakon itu juga turut berkongsi satu video yang menjadi tontonannya di saat dia merindui anak perempuannya itu.
Bila papa rindu adik, papa selalu tengok video ni.
“’Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik. Pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa’,” paparan kata Marissa yang tertera dalam kad ucapan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan anak beranak itu terus dipelihara Allah S.W.T.
Terdahulu, nama anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu menjadi tumpuan gara-gara tindakannya mengahwini lelaki bergelar suami orang di Songkhla pada 26 Disember tahun lalu.
Tindakan berkahwin di Songhkla itu turut dilakukan di luar pengetahuan Norman dan Abby dan juga isteri pertama kepada lelaki itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source