“Hanya Bella Boleh Buat Saya Rasa Sempurna”
Menerusi podcast The Common Folks, penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz berkata dirinya gagal menjadi suami yang baik kepada Bella Astillah.
Mengucapkan terima kasih kepada Bella sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka, Aliff berkata hanya isterinya yang boleh membuatkan dirinya rasa sempurna.
BACA: Sarah Yasmine Dapat Notis Perintah Dari Aliff Aziz
“Bila aku tengok cermin aku rasa aku lelaki yang gagal. Kalau ada perkara terakhir aku nak cakap pada Bella adalah terima kasih sangat-sangat untuk semua rasa kasih sayang dan prihatin selama ini.
“Terima kasih kerana melahirkan anak-anak saya dan jujur tiada sesiapa buat saya rasa sempurna seperti Bella buat.
“Cuma, saya sahaja tidak mampu menghargainya. Memandangkan sudah tidak ada lagi jalan kembali, saya kena terima hakikat yang aku akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata isterinya itu layak untuk mencari kebahagiaannya sendiri serta turut memohon maaf kepada kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara.
“Bella layak untuk dapat kabahagiaan sendiri. Kebahagiaan yang aku tak boleh beri, dia layak bahagia dengan siapa pun. Kepada Adrean dan Ara, kalau kamu tengok video ini, daddy minta maad sangat-sangat,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source