Jangan bosan dengan tatakelola, tolak rasuah – PM
KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh pimpinan sama ada kerajaan negeri mahupun Persekutuan agar memimpin dengan penuh tatakelola serta tidak terlibat rasuah kerana ia merupakan antara jihad membina negara.
Kata beliau, sekiranya perkara itu dapat diperbetulkan, maka kerajaan boleh mengawal pengurusan kewangan dengan lebih baik.
“Seperti saya umumkan beberapa hari lalu, gaji penjawat awam naik 15 peratus mulai Disember. Tetapi bagaimana pula dengan hutang (negara) RM1.5 trilion, (dengan) defisit 5.6 peratus, turun lima peratus tahun ini. insya-Allah kita turun lagi tahun depan.
“Ia kerana kita boleh kawal pengurusan kewangan ini. Saya yakin, Insya-Allah ada nikmat kalau kita betul-betul teguh mengenai perkara ini (banteras rasuah),” katanya ketika berucap pada Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi, di sini hari ini.
Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar berkata, pemimpin negara Islam perlu berani dan bersikap tegas dalam menegur dan menyatakan pandangan berhubung isu kekejaman ke atas rakyat Palestin ketika ini.
“Perkembangan mutakhir di Gaza menunjukkan berlaku kelesuan suara pimpinan negara Islam, kita hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menghentikan kekejaman penjajahan manusia ke atas manusia menyebabkan kerakusan Zionis Israel berterusan dengan dukungan negara Barat.” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source