Lelaki Hina Wajah Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf
Individu yang didakwa menghina bayi penyanyi rap, Caprice baru-baru ini akhirnya tampil bersemuka untuk membuat permohonan maaf terhadap penyanyi itu serta isterinya, Farra Inalis.
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice ilihat membawa lelaki berusia 23 tahun itu bersemuka dengan isterinya.
BACA: “Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?” – Bella Astillah Anggap Caprice Dah Takut
Farra dilihat memarahi lelaki berkenaan sebelum memintanya untuk melutut memohon maaf kepada anaknya.
“Satu soalan aku nak tanya kau ini gila ke betul? Apa masalah kau maki-maki anak aku?
Baru 23 nak buat perangai sampah. Kau patut bersyukur jumpa dengan Caprice dalam keadaan dia mampu kawal aku.
“Kau nak minta maaf dengan aku, ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf dengan anak aku. Kau buat apa yang aku nak, dua dua lutut ke bawah pun tak apa,” katanya.
Caprice kemudian memberi dua pilihan kepada lelaki tersebut sama ada selesaikan perkara itu di balai polis ataupun pergi ke masjid dan lelaki itu memilih pergi ke masjid.
Mereka dilihat menunaikan solat bersama dan Caprice menghulur duit kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.
Sebelum ini, pemuda tersebut meninggalkan komen biadab sehingga menyamakan wajah bayi berusia dua bulan itu dengan haiwan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source