Speedy Tigers turun pertahan gelaran
KETUA jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh mengumumkan senarai 18 pemain terbaik bagi menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Ipoh, Perak yang bermula hari ini.
Beliau menjelaskan, pemilihan itu dibuat selepas pihaknya membuat penilaian terhadap senarai 30 pemain yang dibawa sebaik sahaja mereka menamatkan aksi persahabatan menentang New Zealand dan Korea Selatan.
Tambah Sarjit, prestasi semasa, komitmen serta pemahaman terhadap konsep yang diterapkan menjadi antara kriteria utama dalam usahanya memilih pemain terbaik untuk menyarung jersi kebangsaan.
Justeru, beliau berharap persefahaman pemain dapat dibentuk sepanjang kejohanan itu berlangsung dengan Malaysia bakal memulakan aksi menentang juara tiga kali, Pakistan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
“Barisan kejurulatihan berharap persefahaman antara pemain muda atau baharu dengan senior dapat dibentuk secepat mungkin dalam setiap perlawanan. Saya harap pasukan ini dapat berkembang menjadi lebih matang dengan kadar segera.
“Kami juga mengharapkan pemain-pemain dapat menampilkan aksi yang konsisten dalam setiap perlawanan selain sentiasa berkeyakinan tinggi. Saya juga mahu pemain menunjukkan sikap yang baik sepanjang kejohanan,” katanya.
Antara nama besar yang tersenarai dalam 18 pemain itu adalah Mohd. Fitri Saari, Faizal Saari, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan kapten, Muhammad Marhan Jalil.
PSAS 2024 merupakan kejohanan pertama bakal diharungi Speedy Tigers yang berwajah baharu sejak Sarjit dilantik sebagai ketua jurulatih Mac lalu bagi menggantikan Arul Selvaraj.
“Kejohanan pertama ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya, terutama pemain-pemain yang lebih muda bagi menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pemain-pemain lebih berpengalaman,” ujar Sarjit.
Sebagai rekod, Malaysia akan turun sebagai juara bertahan dalam kejohanan itu nanti selepas memenanginya buat kali pertama pada edisi 2022 dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 di pentas final.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source