“Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat” – Iklan ‘Perfume’ Dikecam Guna Model Wanita Jadi ‘Umpan’ Tarik Perhatian Bukan Mahram
Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila satu jenama minyak wangi menjadikan seorang wanita sebagai ‘umpan’ bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum lelaki hanya kerana produk wangian yang dikeluarkan mereka.
Iklan minyak wangi mengundang kecaman
Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai mempermainkan hukum hakam dalam agama Islam.
Dalam hantaran tersebut, jenama itu menggunakan model wanita untuk berjalan di sekitar kaum lelaki yang sedang duduk di satu tempat dan menggunakan aroma minyak wangi mereka bagi tujuan menarik perhatian.
Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi?Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: pic.twitter.com/o5i6SeTDpM
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 3, 2024
Haram memakai minyak wangi untuk menarik perhatian
Gara-gara itu, netizen tampil menegur jenama minyak wangi itu untuk memberhentikan gaya promosi seperti demikian kerana ia turut dijelaskan dalam sebuah hadis.
Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi? Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda..
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya (HR Nasa’i).
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran individu tersebut.
Pakai kenyataan guna minyak wangi untuk pikat suami, tapi iklan guna dekat lelaki ajnabi dekat tempat awam. Iklan macam ni hanya mendatangkan kesan buruk kepada wanita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source