“Dah Masuk Senarai Blockout Baru Terhegeh-Hegeh Nak Upload”
Pelakon Ramona Zam Zam beranggapan segelintir selebriti dan pempengaruh media sosial yang secara tiba-tiba memuat naik tentang Palestin selepas nama tersenarai dalam Blockout2020 sebagai tidak ikhlas.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ramona berkata apabila nama tersenarai barulah ada yang terhegeh-hegeh berkongsikan sedangkan sebelum ini tidak peduli.
BACA: Suami Bukan Kaki Media Sosial, Ramona Zamzam Tak Risau Penyondol
“Suka dengan apa yang saya nampak sekarang. Sesetengah daripada korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai ‘blockout’ baru terhegeh-hegeh nak upload. Tapi nak tahu tak, saya tak percayakan korang. Korang tak ikhlas, korang tak pernah peduli.
“Takkan tertipu dengan korang punya last minute posting. Sekarang baru nak cakap pasal G4z4 di mana sebelum ini korang sepatutnya menggunakan platform yang ada untuk bersuara,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ramona turut menitipkan nasihat kepada netizen agar tidak memaki mahupun mengecam di media sosial artis yang terlibat sebaliknya tunjukkan soladiriti secara bermoral.
“Dan netizen pun, tak payah la nak maki-maki, kecam-kecam di page mereka. Kalau korang betul-betul ikhlas dengan niat itu dan nak block mereka, lakukan secara profesional dan bertamadun.
“Sama macam korang boikot kedai minuman, tapi drive thru pergi prank orang yang kerja situ. Untuk apa? Korang sedar tak betapa bodohnya buat macam tu? Terpaling suci kah kau pergi kacau orang yang tengah kerja? Berlawanan dengan tujuan sebenar!” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source