Klopp bimbang sukar kawal emosi
LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya aksi menentang Wolverhampton di Anfield malam ini menjadi perlawanan paling getir yang sepanjang hidupnya.
Pengendali dari Jerman itu tidak menafikan agak sukar untuknya mengucapkan selamat tinggal khususnya untuk berdepan situasi penuh emosi sejurus wisel penamat dibunyikan.
“Ini adalah perlawanan terakhir musim ini. Semalam (kelmarin) pemain sudah pun mengucapkan selamat tinggal dan kami turut mengadakan majlis barbeku.
“Sudah pasti ia akan jadi detik penuh emosi, namun inilah sebahagian daripada apa yang kita perlu lalui. Mengucapkan selamat tinggal adalah perkara yang mahu dielakkan.
“Namun, ucapan selamat tinggal tanpa ada rasa sedih, itu bermakna apa yang kita lalui bukannya yang terbaik. Masa yang lepas sesuatu yang hebat dan pasti sukar untuk saya lalui,” katanya.
Ketika ini, pengendali Feyenoord, Arne Slot sudah pun mengesahkan spekulasi dan dia akan menggantikan Klopp selaku pengendali Liverpool musim depan.
Sepanjang khidmatnya di Anfield, Klopp sudah menempa namanya selaku legenda kelab apabila menjulang tujuh trofi utama iaitu trofi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala Super, Piala Dunia Kelab, Piala FA dan dua kali memenangi Piala Liga Inggeris
“Kami tahu kami sebenarnya boleh menang lebih daripada itu namun saya tidak mampu merubahnya. Ada kemungkinan orang lain mampu lakukan lebih baik tetapi bukan saya. AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source