“Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya”
Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Ning Baizura meminta kepada netizen yang tidak suka agar berhenti daripada mengikuti akaun media sosialnya.
Katanya lagi, kata-kata kesat dan mengaibkan bukanlah ajaran agama yang sebenar. Ning berkata lagi, lebih banyak kejian, lebih banyak pahala buat dirinya.
BACA: “Kita Ni Tak Boleh Ikutkan Perasaan Syaitan”
Dalam video penjelasan sebelum ini, Ning berkata dia bukan sengaja mendiamkan diri daripada bersuara tentang isu Rafah namun dia perlu mengambil masa menghadam situasi yang berlaku.
“Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang.
“Terpulanglah pada anda semua untuk fikir apa sahaja tentang diri saya tetapi janganlah tutup periuk nasi saya,” katanya.
Sementara itu, Ning berkata dia antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan kepada Palestin serta menasihatkan netizen supaya menilai sesuatu perkara dari dua pihak dan selidik dahulu.
“Saya bukan hendak melakukan justifikasi terhadap apa yang saya lakukan untuk membantu mengisi dana tabung P4lestin,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source