Beras RM2.1 juta dirampas, premis tidak berlesen diserbu
PUTRAJAYA – Sejumlah 645.75 tan metrik beras pelbagai gred termasuk beras putih import (BPI) yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas di sebuah gudang di Sibu, Sarawak baru-baru ini.
Rampasan itu dibuat menerusi serbuan sepasukan penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui operasi bersepadu Op Taring Bravo 3 bermula 15 Mei lalu.
Menurut KPKM, serbuan turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) selama dua hari di sekitar daerah itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan berkenaan tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
“KPB menyita stok beras tersebut berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KPKM berkata, siasatan turut dijalankan terhadap syarikat tersebut sama ada terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi iaitu BPI.
Pada masa sama, KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source