“Ada Orang Kampung Datang Minta Maaf” – Hidayu Syukur Tiada Lagi Tohmahan, Bakal Guna 100K Untuk Kebajikan Aariz
Pasangan kontroversi, Mohd Azlan dan Nor Hidayu tampil meluahkan rasa lega apabila sudah bergelar suami isteri sekaligus menjernihkan keadaan serta desas-desus yang berlingkar dalam kehidupan mereka.
Ujar Hidayu, dia juga lega kerana sudah tidak lagi dihina oleh orang ramai yang tidak memahami kemelut yang dihadapi mereka berdua.
Selesai lafaz akad nikah, saya terus tarik nafas lega. Tamat juga kemelut yang membebani saya dan suami selama ini. Walaupun banyak rintangan, syukur Allah permudahkan satu persatu.
Malah menurut wanita itu lagi, ada orang kampung yang tampil memohon maaf kerana kesilapan mereka sebelum ini.
Kami terima dengan hati terbuka kerana kami pun banyak kesilapan sebelum ini.
Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan buat anaknya, Aariz Zafran.
Setakat ini kutipan dah berjumlah RM100,000. Kami akan gunakan semuanya untuk Aariz. Pertama sekali, kami nak pasang penyaman udara dan siapkan bilik yang selesa untuk Aariz di rumah ni.
Terima kasih kepada yang menyumbang, nampak juga sinar harapan dalam hidup kami ni, seperti bernyawa semula.
Hidayu dan Azlan juga merancang untuk membuka akaun bank baharu di bawah nama Aariz Zafran untuk simpanan masa depan si kecil itu.
Sekadar info, Hidayu mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya yang terdahulu dan Aariz adalah anak bersama Azlan.
Anak sulung Hidayu berusia 17 tahun menghidap sakit cerebral palsy dan merupakan orang kurang upaya.
“Kami adalah satu keluarga besar dan merupakan tanggungjawab saya untuk menjaga kebajikan mereka semua” ujar Azlan yang kembali bekerja sebagai pembantu pelantar ikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source