“Mungkin Bukanlah RM30K Tapi RM10K Ke RM20K..” – Dedah Pendapatan Sebulan, Leona Harap LHDN Tak Cari
Melalui sumber Kosmo, pempengaruh media sosial yang dikenali ramai iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan pendapatan bulanannya pernah mencecah sebanyak RM30,000.
Pendapat bulanan berpuluh ribu
Menurut Leona, seorang pensohor dan content creator mampu meraih pendapatan yang tinggi dalam sebulan mengikut populariti serta konten masing-masing.
Seingat saya ketika saya lakukan pekerjaan ‘influencer’ sepenuh masa, saya boleh dapat sekurang-kurang RM20,000 hingga ke RM30,000 sebulan.
Namun begitu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata sejak dirinya melanjutkan pelajaran di luar negara, dia sudah mengurangkan aktiviti sebagai pencipta kandungan.
Harap LHDN tak kejar
Kemudian Leona menarik balik kenyataan awalnya dengan membetulkan anggaran jumlah sebenar yang diperolehi kini serta berseloroh agar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak mengejarnya hanya kerana pendapatan dia sebelum ini.
Mungkin bukanlah RM30,000 tapi RM10,000 ke RM20,000, tapi (LHDN) janganlah datang cari saya dan kenakan cukai pula.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source