Saya amat terasa kehilangan Ismail – Tun Mahathir
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi khabar duka mengenai pemergian pembantunya, Ismail Manaf yang meninggal dunia hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Mahathir berkata, beliau berasa sangat sedih kerana kehilangan seorang kawan yang baik dan penyokong kuatnya sejak beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 70-an.
“Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja, tidak pernah cuai. Sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja.
“Apabila saya datang pejabat, tak pernah Ismail tiada di pejabat, beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan. Beliau berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah, tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir berkata, beliau sempat bersalaman dengan Allahyarham semalam dan tidak menyangka ia merupakan pertemuan kali terakhir.
“Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Itulah ketentuan Allah S.W.T, setiap yang hidup pasti akan mati.
“Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source