“Hidup Macam Dalam Gua..” – Pemandu E-Hailing Hina Agama & Negara Pada Pelancong Asing, Pihak Polis Ambil Tindakan
Baru-baru ini tular di media sosial video yang membabitkan pemandu e-hailing yang didakwa memburukkan serta menghina agama Islam dan negara kepada pelancong asing. Oleh itu, hal tersebut telah disiasat oleh pihak polis bagi tindakan lanjut.
Tak boleh enjoy di negara Muslim
Berdasarkan video yang tular itu, pemandu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kepada pelancong berkenaan tentang masyarakat beragama Islam di Malaysia yang tidak membolehkan perjudian serta minuman keras. Menurutnya, hiburan di negara ini menjadi terhad apabila orang ramai perlu mematuhi larangan bagi orang Muslim.
Advertisement
Disini kita sepatutnya boleh enjoy tapi ini adalah negara Islam, mereka mahu kita ikut cara agama mereka, itu sangat tidak adil betul tak? Sebab mereka tidak minum (arak), berjudi, jadi mereka haramkan arak dan judi. Tiada hiburan. Hidup macam dalam gua.
Saya tak faham pemikiran bullsh*t rakyat Malaysia ni. Awak lahir kat dunia ni jadi enjoy jelah.
Sedang dalam siasatan
Dipetik dari laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menerima laporan tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik pada kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.
Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun serta mengenal pasti pemandu e-panggilan itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source