Siti Nurhaliza Dikecam Aktivis Anti-Isr*el Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman daripada kumpulan anti-zionis Israel umumnya gara-gara akan berkongsi pentas dengan David Foster di Jakarta Indonesia malam ini.
Difahamkan, kumpulan BDS Malaysia tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan penglibatan Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut di saat rakyat Palestin masih ‘dibantai’ askar zionis pada ketika ini.
Advertisement
Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel.
David sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh ‘Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).
“Keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Fosteri itu adalah sangat mengecewakan” tulis pengendali akaun kumpulan itu lagi.
BDS Malaysia juga tampil menggesa semua pihak terutama selebriti tempatan untuk menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.
Sekadar info, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.
Difahamkan Siti menjadi ‘bidan terjun’ setelah salah seorang artis terlibat iaitu Jessie J tidak dapat membuat persembahan pada malam ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel tredning yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source