Azri Iskandar Tak Capai ‘KPI’ Sebagai Suami, Datuk Noora Nak Lelaki Bertanggungjawab
Usahawan Datuk Noora Kay meminta pelakon Azri Iskandar tampil menyelesaikan masalah antara mereka serta memintanya tegas dalam membuat keputusan.
Memetik mStar Online, Datuk Noora berkata ini adalah kehidupan Azri dan pelakon itu perlu membuat keputusan tanpa melibatkan orang ketiga.
BACA: Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Datuk Noora Dedah Sebab Tak Serasi
“Azri awak kena bangun, tolonglah. Ini adalah kehidupan awak, awak kena buat keputusan sendiri. Awak kena ada tanggungjawab untuk diri sendiri bukan semua benda awak perlu minta orang lain untuk fikirkan. Saya minta dia selesaikan hal ini, itu saja,” katanya.
Sementara itu, Noora mendedahkan punca dia memutuskan hubungan degan Azri kerana pelakon itu tidak mencapari standard yang diinginkan. Katanya lagi, dia cuba menjalin hubungan semula namun Azri dilihat tidak berubah.
“Kalau semua nak tahu kenapa saya nak putuskan hubungan, dia sebenarnya tak penuhi KPI yang saya mahukan iaitu lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
“Selama saya bersama Azri dan pernah pun hubungan kami putus sekejap. Bila cuba jalin hubungan semula dengannya tetap tiada perubahan. Dalam hubungan perlu ada sikap tolak ansur tapi semuanya hanya saya yang berusaha dalam hubungan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Norra berkata Azri tidak pandai membuat keputusan sendiri serta menyerahkan semuanya kepada bekas isteri, Ellie Suriaty.
“Saya ambil semula kata-kata yang Ellie pernah cakap, walaupun kami (dengan Azri) lahir pada tarikh yang sama tapi memang perangai kami tak sama. Betullah sebab saya seorang yang tegas, tahu apa yang saya mahu. Tapi tidak Azri.
“Saya beri satu contoh, saya pernah cakap dengan Azri kita dahulukan majlis nikah yang wajib saja tapi dia jawab nantilah kita bincang dengan Ellie,” katanya.
Tambah Noora lagi, dia faham peranan Ellie membantu menguruskan majlis pernikahan dengan Azri namun sebagai lelaki dia perlu buat keputusan sendiri dalam soal tersebut.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source