Idea unik pertukaran menu di Double Tree by Hilton penuhi selera pelbagai citarasa
PETALING JAYA – Bagi mereka yang meminati menu masakan yang disediakan oleh cef-cef dari semua rangkaian Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton boleh menyertai satu kempen menarik yang sedang berlangsung selama sebulan bermula 1 Jun lalu.
Melalui Kempen Signatures across the state: A Makan Kitchen Showcase, ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai menu menarik yang disediakan oleh cef berpengalaman daripada outlet restoran Makan Kitchen lain dalam kumpulan DoubleTree by Hilton.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, setiap hidangan itu yang disediakan melalui kempen itu pastinya memiliki cerita yang tersendiri mengenai kebudayaan dan makanan tradisional di setiap negeri.
“Melalui kempen tersebut, pengunjung dihidangkan dengan makanan yang disediakan oleh outlet DoubleTree by Hilton yang lain .
“Sebagai contoh, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menawarkan hidangan makan malam berasaskan masakan jawa yang dihasilkan oleh idea Cef Muhamad Khairi dari DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.
“Antara menunya adalah ayam penyet, bakso, opor kambing, lontong balap, nasi ambeng, puyuh ungkep dan pecal,” jelasnya.
Selain itu, mereka yang rindukan masakan daripada Borneo pula, boleh berkunjung ke DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside untuk menikmati masakan seperti umai ikan dan latok, kerabu petai dan rebung, udang harimau Sabah dan asam terung, umai ikan nasi goreng dabai, manok pansoh, laksa sarawak dan juga daun ubi tutuk.
Makanan tersebut dihasilkan Cef Zulkarnaen Suhaili dari DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur dengan tawaran harga buffet serendah RM140 dewasa seorang dan RM74 untuk kanak-kanak.
Selain itu, orang Melaka boleh bertukar selera untuk berkunjung ke DoubleTree by Hilton Melaka untuk menikmati hidangan Indian Borneo yang disediakan oleh cef dari DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.
Cef Wilson Ibid memasak hidangan Lamb Shank Banjaran Crocker, Tandoori Chicken Bambangan, Bharavaan Aaloo Jheega, Pansuh Kambing India, Scallop Umai dan Latok.
DoubleTree by Hilton Johor Bahru pula menyediakan masakan nyonya oleh Cef Davian dari DoubleTree by Hilton Melaka dengan hidangan otak-otak, seabass dengan sos nyonya, udang masak lemak nanas, ayam pongteh, nasi goreng udang sambal belacan serta sop sayur masin beserta daging itik.
Peminat makanan Johor seperti ayam goreng bawang wangi, Ikan bawal Kari mamak Singapura, daging masak hitam, telur sotong Majidee, lamb shank biryani Batu Pahat, mi rebus Johor Warisan dan kacang pol haji di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.
Masakan tersebut disediakan oleh cef berpengalaman iaitu Cef Jais Manan dari DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Dalam pada itu, DoubleTree Resort by Hilton Penang menyediakan menu masakan daripada Cef Muhamad Muhidin yang bertugas di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort bagi mempromosikan makanan dari Perak.
Hidangan istimewanya adalah sup kambing, pais ikan, rendang tok, ikan masak lemak tempoyak dan asam pedas tetel manakala DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort pula menyediakan menu masakan popular nyonya peranakan daripada DoubleTree Resort by Hilton Penang.
Cef Hong Swee Aun pula menyediakan masakan seperti Char Koey Teow arang, ayam kapitan, itik yam, Ju Hu Char, ikan stim nyonya dan juga asam pedas udang. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source