Portugal mudah jinakkan Turkiye, mara ke pusingan 16 terbaik
DORTMUND : Portugal mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 sebagai juara Kumpulan F selepas menang 3-0 ke atas Turkiye di BVB Stadion sebentar tadi.
Jaringan Bernardo Silva pada minit ke-21, gol sendiri daripada Samet Akaydin dan tampanan mudah Bruno Fernandes pada babak kedua memberikan Portugal kemenangan selesa di depan peminat Turkiye yang bersemangat hadir di Dortmund.
Portugal antara pasukan pilihan untuk memenangi Kejuaraan Eropah buat kali kedua selepas kejayaan pada 2016.
Pada aksi itu, Cristiano Ronaldo sekurang-kurangnya mempunyai dua peluang untuk muncul penjaring gol paling tua pada Kejuaraan Eropah namun gagal disudahkannya.
Namun, Ronaldo masih mampu menyumbang kepada bantuan gol selepas membantu Fernandes menjaringkan gol mudah pada minit ke-56 selepas melepasi perangkap ofsaid Turkiye.
Ronaldo kemudian mempunyai masa untuk berswafoto dengan peminat muda yang menceroboh masuk ke padang pada pertengahan babak kedua.
Pengurus Portugal, Roberto Martinez menyatakan pemain berusia 39 tahun itu berada pada tahap kecergasan terbaik untuk bermain setiap empat hari.
“Ronaldo masih mampu menyumbang kepada pasukan dan tiada alasan untuk tidak menurunkannya. Secara keseluruhan pemain menunjukkan karater untuk menjadi juara.
“Kami akan tetap memburu kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan,” kata Martinez selepas perlawanan.
Portugal kini memngumpul enam mata dan akan berdepan satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik pada pusingan berikutnya di pusingan kalah mati.
Selepas ini, Portugal akan menghadapi perlawanan terakhir kumpulan menentang Georgia tanpa sebarang tekanan. – AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source