Pilih Untuk Kahwin Semula Selepas Lima Tahun Berpisah, Anak-Anak Yang Paling Gembira – “Kami Buang Ego, Baiki Kesilapan”
Tiada yang lebih gembira daripada anak-anak selepas ibu bapa berkahwin semula dan itulah yang dilalui keluarga ini.
Nur Amirawati Md Zuki, 34, berkahwin semula buat kali kedua dengan suami, Ahmad Saharudin Mohd Salleh, 39, pada November 2022 selepas berpisah lima tahun kerana tiada persefahaman.
Anak adalah individu paling bahagia ketika saya dan suami berkahwin semula, malah kerana mereka juga saya dan suami membuang ego serta membaiki kesilapan lalu.
Ketika berpisah, anak masih kecil
Ceritanya, dia dan suami berkahwin berkahwin buat kali pertama pada Februari 2011 dan berpisah dengan keputusan dia menjaga tiga anak mereka di Sungai Jerik manakala suami pula berpindah ke Melaka.
Kata Amirawati, ketika berpisah dahulu, tiga anaknya, Ahmad Syazwan, 13, Nur Ain Insyirah, 11, dan Ahmad Ammar Syahmi, 10 masih kecil dan pelik mengapa bapa mereka tidak tinggal serumah lagi.
Mereka hairan bapanya selalu telefon tetapi tidak pernah pulang ke rumah. Apabila besar anak sulung semakin faham situasi kami. Ketika PKP lalu, suami tidak boleh balik ke Maran dan anak ketika itu sedih dan kami buat panggilan video sebelum anak meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa bapanya.
Lebih bermaknan, belajar dari kesilapan
Suaminya sudah beberapa kali menyatakan hasrat dan mengajaknya untuk kembali bersama namun kata Amirawati dia belum bersedia sehinggalah pada 2022 mereka akhirnya disatukan buat kali kedua.
Tambahan pula, kedua belah keluarga menyokong dan merestui agar mereka berdua bernikah semula demi anak-anak.
Saya dan suami lihat semula kesilapan kami dan buang ego demi tiga anak, malah kami juga tidak mahu anak menumpang kasih dengan orang lain sedangkan kami masih ada dan sebenarnya perasaan sayang juga masih ada.
Katanya, perkahwinan kali ini lebih bermakna kerana mereka belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam menjaga emosi dan sikap bertolak ansur serta saling memahami.
Saya akui ia berbeza berbanding dulu apabila sekarang kami lebih ‘cool’, ada apa-apa kami saling dengar penjelasan dan lebih bertolak ansur.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source