Enjin gagal berfungsi punca pesawat darat cemas
KLANG – Kegagalan enjin berfungsi dikatakan menjadi punca sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 mendarat cemas di kawasan lapang tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Sultan Suleiman, petang ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pesawat itu sedang menjalani latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Subang menuju Ke Kuala Selangor.
Kedua-dua pesawat itu dipandu Juruterbang, Rolando Barba Jr, 57, dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan, 22.
“Siasatan awal mendapati pesawat dipercayai mengalamai kegagalan mekainikal iaitu enjin gagal berfungsi di udara.
“Jurulatih kemudiannya mengambil tindakan untuk mendaratkan pesawat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kedua-dua individu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai 23 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.13 petang.
Ujarnya, ini melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Klang Utara, Pelabuhan Klang, serta Klang Selatan.
“Pemeriksaan mendapati pesawat itu tidak menunjukkan tanda-tanda kebakaran,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source