“Saya Sedih, Berharap Mereka Akan Datang Majlis Kahwin Saya…”
Ketika majlis respsi bekas anggota Dolla iaitu Syasya Rizal, sudah pasti akan menjadi tanda tanya apabila ahli kumpulan tersebut tidak kelihatan pada majlis berkenaan.
Memetik Astro Gempak, Syasya mengakui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya itu tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby dan Angel. Namun, dia percaya mereka tidak dapat hadir disebabkan tuntutan kerja yang bertindih pada tarikh majlisnya.
BACA: Syasya Dah Lama Pasang Niat Berhijab, Kini Lebih Tenang
“Ketika saya decide tarikh pun saya tak tahu mereka ada show, merkea kata akan cuba datang tapi memang clashing. Saya sedih dan berharap mereka akan datang.
“Kami umpama sisters. Saya pun tak tahu saya yang pertama kahwin. Dulu saya selalu cakap, kalau Sab kahwin saya harap saya akan dapat menyanyi di majlis itu.
“Itu antara perkara yang saya nak tapi tak dapat tapi tak apalah, kerja Dolla dan jadual susah. Tak semua kita nak kita dapat,” katanya.
Menerusi temu bual eksklusif Motif Trending, Syasya turut mendedahkan detik awal pengundurannya daripada Dolla apabila dia memilih untuk berbincang dengan pihak pengurusan syarikat rakaman sebelum bertemu dengan tiga anggota kumpulannya.
“Itu juga salah satu keputusan susah untuk dibuat. Hidup saya berkaitan Dolla, sampaikan belajar pun saya letak tepi. Kalau saya sedih, Dolla pun lagi sedih.
“Bila nak tinggalkan mereka bertiga pun susah, mereka banyak sokong saya. Saya mula umpama baby, guide saya segalanya. Tapi mereka sokong, untuk better journey juga.
“Walaupun susah, tapi tak saya boleh nak semua benda, insyaAllah in future saya akan jupa mereka lagi, saya akan sokong mereka,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source