“Tolong..Tak Boleh Bernafas” – Wanita Terperangkap Dalam Tempat Simpanan Beg Sebuah Bas Ketika Dalam Perjalanan Ke Johor
Seorang wanita berusia 20 tahun berkongsi pengalaman ngerinya ketika dia menaiki sebuah bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru baru-baru ini.
Wanita kongsi pengalaman ngeri terperangkap dalam tempat simpanan beg sebuah bas
Menurut seorang wanita yang memuat naik pengalamannya di aplikasi Xiaohongshu, dia cuba untuk mengambil barangannya di tempat simpanan beg di bahagian bawah bas namun terperosok terlalu dalam.
Dalam keadaan hujan lebat, dia yang pada ketika itu berada dalam tempat simpanan beg mula berasa cemas apabila pintu itu tiba-tiba sahaja tertutup rapat tanpa amaran.
Mula berasa pening kerana tidak dapat bernafas
Dia pada mulanya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan teringat akan mesej yang dihantar operator bas di aplikasi WhatsApp sebelum itu.
Wanita itu kemudian mula berasa sedikit pening dan risau jika kekurangan oksigen di bahagian simpanan beg itu membuatkan dia pengsan dan keadaan bertambah sukar.
Setelah menghubungi operator bas itu untuk mendapatkan bantuan, dia akhirnya dapat keluar setelah 15 minit terperangkap.
Tambah wanita itu lagi, pemandu bas berkenaan tidak memohon maaf sebaliknya hanya tersenyum dan memaklumkan dia menutup pintu ‘compartment’ itu kerana merasakan tiada sesiapa yang mengambil beg pada waktu kejadian.
Syarikat bas kemudian dilihat memohon maaf di atas kejadian dan memaklumkan sudah mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan arttikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source