Tak Nak Susahkan Anak, Diana Danielle Rancang Masuk Rumah Warga Emas Bila Tua
Pelakon Diana Danielle merancang untuk tinggal di pusat jagaan warga emas apabila sudah tua kelak dan enggan menyusahkan anak-anak seandainya ditakdirkan uzur.
Menerusi podcast Girl Math, Diana berkata dia tidak mahu anak-anak risaukan dirinya dan tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain.
BACA: Diana Danielle Hairan Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang
“Andai kata saya sakit, saya tak nak susahkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka risaukan saya. Saya ada jumpa rumah penjagaan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua. Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Diana berkata dia percaya kehidupan di pusat jagaan akan memberikan ketenangan tanpa sebarang masalah.
“Saya tak nak peningkan kepala saya dengar masalah anak-anak. Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Diana berkata perancangan itu masih dalam pertimbangan memandangkan anak sulungnya, Muhammad sudah berjanji mahu menjaganya.
“Saya pernah berborak secara serius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia apabila tua nanti. Dia janji yang dia akan menjaga saya dari segi kewangan dan sebagainya.
“Kami dah macam kawan baik dan boleh tinggal bersama-sama. Saya lihat ada sesetengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source