“Saya Cuma Nak Hidup Bahagia” – Ruhainies Minta Pihak Menuduhnya Ada ‘Sugar Daddy’ Tunjuk Bukti
“Kenapa tak keluarkan kalau ada?” begitulah respon pelakon Ruhainies terhadap pihak yang menuduhnya hidup mewah kerana ‘dibela’ seseorang ataupun dikenali sebagai ‘sugar daddy’.
Ujar Ruhainies, segala kemewahan yang dinikmatinya kini adalah hasil titik peluh dan kerja keras selama bergelar anak seni.
Saya cuma nak hidup bahagia. Orang boleh cakap apa yang mereka mahu tapi saya bayar bil saya sendiri. Media sosial boleh tipu sana sini. Saya ada ‘sugar daddy’, ada video tak senonoh, voice recording tak senonoh apa semua.
Persoalannya, mana bukti? Kenapa tak keluarkan kalau ada. Benda yang lain-lain boleh pula keluarkan tentang saya.
Tambah aktres itu lagi, dia kini hanya berlapang dada dan percaya suatu hari nanti kebenaran akan terungkai dengan sendirinya.
Buat masa sekarang saya akur apa sahaja keluar dari mulut saya, memang orang takkan percaya.
Saya pun tak nak keluar kenyataan bukan-bukan sebab saya tak nak suap netizen benda yang negatif Zaman sekarang zaman fitnah.
Terdahulu, muncul dakwaan mengatakan Ruhainies ditaja individu tertentu gara-gara kehidupan mewahnya.
Selain sering dilihat membeli belah barangan mewah, Ruhainies juga memiliki hartanah di kawasan kondominium elit, Pavillion Suites di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source