‘Ya Allah betapa Nush rindukan abah’
PETALING JAYA – “Ya Allah betapa Nush rindukan abah”.
Demikian luahan seorang waris mangsa pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Anak kepada juruterbang MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin iaitu Wan Yunus Uzair, 21, berkongsi kerinduannya kepada bapanya itu dengan memuat naik satu video di media sosial.
Wan Yunus Uzair yang lebih dikenali dengan panggilan Nush dalam keluarganya turut memuat naik beberapa foto bagi mengenang kembali momen bersama bapanya.
“17 Julai lalu genap 10 tahun abahku meninggalkanku. Saya rindu abah buat lawak, rindu tidur dengan abah, rindu peluk abah dan rindu bergurau dengan abah.
“Saya rindu segala-galanya. Andai boleh putarkan masa, saya takkan bagi abah naik (kapal terbang), tapi nak buat mcm mana saya reda,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.
Dalam pada itu, Nush yang sudah mendirikan tangga dengan gadis idamannya berharap agar roh bapanya dilimpahi keberkatan dan ketenangan.
“Abah sekarang Nush dah 21 tahun, Nush dah ada isteri dan tak lama lagi abah nak ada cucu dah. Abah mesti bahagia tengok Nush sekarang, abah doakan Nush,” jelasnya.
Sementara itu, Nush berkata, kali terakhir pertemuannya dengan arwah adalah pada 15 Julai yang merupakan ulang tahun kelahirannya.
“Hari terakhir saya jumpa abah adalah sebelum dia pergi kerja hari itu. Dia kata dia pergi Amsterdam, Netherlands.
“Abah sempat cakap, balik nanti dia akan sambut ‘birthday’ saya bersama. Itu yang saya ingat sampai sekarang,” jelasnya.
Untuk rekod, selain Wan Amran, 14 lagi kru dan anak kapal MH17 turut terkorban dalam peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source