Sensor Tesla nampak hantu di tanah perkuburan
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua individu memandu di sebuah tanah perkuburan untuk menguji keupayaan sistem sensor kereta Tesla mengesan entiti paranormal, lapor laman berita Jatim Times.
Dalam video tersebut, pengguna Tesla Model Y, Romario Kusno menguji sensor pejalan kaki yang membawa kepada penemuan mengejutkan.
Setelah memasuki kawasan perkuburan pada waktu malam, kereta tersebut berhenti sebelum sensor tiba-tiba mengesan kehadiran manusia yang berdiri di belakang kenderaan.
Namun, Romario dan seorang lagi penumpang terkejut kerana tiada sesiapa di belakang kereta mereka, berbeza dengan paparan pada sistem berkenaan.
“Lihat, orang, orang!” kata wanita yang berada dengan Romario.
Beberapa saat kemudian, Romario menggerakkan sedikit keretanya sebelum sistem sensor mengesan satu lagi lembaga di sebelah kiri.
Namun, seperti dijangka, tiada seorang pun berada di sekitar kereta mereka ketika itu.
Video yang dimuat naik di platform TikTok itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Bagi yang mahu mencari hantu, boleh gunakan kereta Tesla,” kata seorang netizen.
Video ujian pengesanan serupa turut dilakukan di beberapa negara lain. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source