“Memang Saya Cinta & Nak Kahwin Dengan Tyzo, Tapi…”
Usahawan online popular, Lydia Rosli mendedahkan hampir setiap malam dia menangis kerana cintanya terhadap penyampai radio, Tyzo seolah-olah tidak bersahut sehingga perasaannya itu kini semakin pudar.
“Pernah Jadi Antara 10 Airport Terbaik Dunia, KLIA Sekarang Berada Paling Bawah”
Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia. KLIA meninggalkan jauh pesaing lain…
Memetik Kosmo, anak kepada aktres veteran, Normah Damanhuri itu berkata dia pernah menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan Tyzo namun kini mengambil keputusan menjauhkan diri.
BACA: Tyzo Xander Kini Penyampai IKIMfm
“Tahun lepas, saya memang nak kahwin dengan Tyzo. Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.
“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir,” katanya.
Menurut Lydia lagi, dia mengakui cintakan Tyzo dan mahu berkahwin dengannya namun penyampai radio itu seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.
“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.
“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia. Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada dia,” katanya.
Dalam pada itu, Lydia berkata dia masih berkawan baik dengan Tyzo meskipun hubungan mereka pernah terputus selama enam bulan. Malah, Lydia berkata Tyzo yang menghubunginya untuk berkawan dengannya.
“Jun lalu dia kembali menghubungi saya sambil menangis dan beritahu dia masih ingin berkawan dengan saya dan tidak mahu kehilangan saya. Saya beritahu dia bahawa saya tidak pandai untuk berkawan. Saya hanya tahu jadi kekasih. Tetapi dia meyakinkan sahaja bahawa kami boleh menjadi kawan.
“Selama ini saya tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau ada pun kekasih. Tetapi sudah 10 tahun saya tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Hati saya memang sudah tertutup sehinggalah saya bertemu dengan Tyzo,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source