Liga Super: TFC nyaris dimalukan Negeri Sembilan
KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) dipaksa ‘berpeluh’ sebelum mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan tercorot, Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kemenangan tipis itu membolehkan TFC melonjak ke kedudukan ketiga dengan mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan manakala Negeri Sembilan terus terbenam di tangga terbawah dengan tiga mata.
Negeri Sembilan bermula garang apabila berjaya menghukum kelekaan TFC untuk mendahului minit ke-16 selepas Miguel Martinez menanduk kemas bola hantaran Takumi Sasaki dari sebelah kiri.
Bagaimanapun tuan rumah mengikat kedudukan 1-1 ke bilik persalinan setelah ketua pasukan, Safawi Rasid yang berjaya sepakan percuma di depan kotak penalti pada minit ke-47.
Pencaturan TFC memasukkan Chukwu Chijioke berhasil apabila bola tandukan penyerang Nigeria itu hasil umpanan Akhyar menerjah jaring hanya empat minit selepas rehat.
Kedudukan berubah lagi pada minit ke-53 kali ini giliran Negeri Sembilan mengikat kedudukan 2-2 melalui percubaan deras Jacques Faye yang tidak dikawal dalam kotak penalti.
TFC akhirnya lega selepas sepakan leret Akhyar (m-59) menewaskan Muhammad Aqil yang bolos buat kali ketiga sekaligus meletakkan tuan rumah kembali mendahului. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source