Ambank lancar dua kad kredit perjalanan baharu
KUALA LUMPUR – Ambank dengan kerjasama Enrich oleh Malaysia Airlines telah melancarkan dua kad kredit perjalanan baharu iaitu Kad Kredit Ambank Enrich Visa Infinite dan Kad Kredit Ambank Enrich Visa Platinum.
Kad kredit yang dikuasakan oleh Visa ini adalah jenama bersama yang bertujuan untuk menawarkan pelbagai keistimewaan, ganjaran gaya hidup dan perkhidmatan keutamaan kepada golongan yang gemar melancong.
Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, Ambank, Aaron Loo berkata, pihaknya sangat teruja untuk memperluaskan kerjasama dengan Malaysia Airlines bagi membawa hospitaliti Malaysia lebih daripada 900 destinasi di 170 wilayah.
“Kerjasama ini dilaksanakan apabila kami melihat peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan pelanggan terutamanya dalam perjalanan dan penerbangan yang mana terdapat kenaikan sebanyak 45 peratus berbanding sebelum Covid-19.
“Kad-kad ini bukan sekadar kad kredit, tetapi ia menawarkan akses kepada pengalaman luar biasa, yang mana perjalanan anda sama berbaloi dengan destinasi yang anda kunjungi,” katanya bersama berucap pada majlis pelancaran kad kredit tersebut di sini hari ini.
Loo menjelaskan, pemegang Kad Kredit Ambank Enrich Visa yang baharu itu akan menerima kelebihan menikmati diskaun sehingga 10 peratus bagi sepanjang tahun menggunakan penerbangan Malaysia Airlines.
Tambah beliau, pemegang kad kredit tersebut juga akan memperoleh Enrich Points untuk setiap perbelanjaan, akses percuma ke Malaysia Airlines Golden Lounge yang merupakan laluan pantas untuk status Elite Enrich serta insurans perjalanan yang meliputi kemalangan peribadi, penerbangan yang terlepas atau tertunda dan juga kelewatan atau kehilangan bagasi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Kesetiaan dan Perjalanan, Malaysia Aviation Group, Philip See berkata, pihaknya turut berbesar hati untuk memulakan era baharu ganjaran perjalanan melalui kerjasama dengan Visa dan Ambank.
“Kami menjemput semua golongan masyarakat untuk memulakan perjalanan yang mana setiap transaksi membuka ganjaran yang hebat,” ujarnya.
Selain itu, Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Serene Gay menjelaskan, pelancaran tersebut adalah selaras dengan trend semasa bagi perjalanan antarabangsa dalam kalangan masyarakat tempatan, yang mana jumlah pembayaran merentas sempadan oleh pemegang kad Malaysia meningkat lebih 30 peratus berbanding tahun lepas. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source