‘Ramai orang sihat sekarang mati’ – 10 hari Nora sakit di hospital
PETALING JAYA – Selepas 10 hari ditahan dalam wad sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat keletihan melampau, penyanyi Datuk Nora Ariffin kini dibenarkan pulang ke rumah.
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berkata sepanjang ditahan dalam wad, dia menjalani pemeriksaan penuh sebagai langkah berjaga-jaga dijangkiti sebarang virus atau penyakit berbahaya.
“Ya, saya ditahan di wad sejak Isnin minggu lalu. Saya lebih kepada penat sangat. Badan terlampau letih.
“Saya cuma risau ada jangkitan virus atau demam sebab sekarang macam-macam penyakit tetapi selepas buat pemeriksaan doktor sahkan tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang mahupun kanser.
“Umur saya sudah 51 tahun, usia begini memang kena berjaga-jaga dan tidak boleh ambil mudah terutama ramai berita orang sihat tiba-tiba sakit atau meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu turut memaklumkan, sebelum dimasukkan ke wad pada 22 Julai lalu, jadual kerjanya padat dengan proses penghasilan lagu baharu.
“Saya pun memang perasan agak penat kebelakangan ini dengan kerja sibuk menyiapkan rakaman single terbaharu.
“Sudah lama tidak masuk studio, tiga jam berdiri agaknya badan lama tidak bekerja. Balik sahaja daripada rakaman badan saya menggigil.
“Keesokan harinya ke klinik kerana demam tidak kebah dan terus dihantar ke hospital kerana takut ada jangkitan,” ujarnya.
Begitupun, Nora hanya berehat di rumah bagi mengelakkan diri daripada sebarang tekanan supaya tidak lagi berdepan situasi sama.
“Doktor suruh rehat di rumah dalam dua hari dan tidak boleh terlampau penat seperti bawa kereta dalam perjalanan panjang.
“Paling penting doktor nasihatkan jangan stres. Bila tekanan, semua organ jadi tidak betul dan senang sakit.
“Jadi, doktor bekalkan segala ubat untuk dimakan. Nak tak nak saya kena hadap,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Nora pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source