Sasar Pasaran Industri Digital & Teknologi Tinggi, Eco World Perkenal QUANTUM Sebagai Cabang Baru
Baru-baru ini Eco World telah rasmi melancarkan QUANTUM sebagai cabang pendapatan perindustrian terbaru yang akan menyertai empat lagi cabang lain seperti Eco Townships, Eco Rise, Eco Hubs, dan Eco Business Parks.
Acara yang berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong.
Ketika majlis berlangsung, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Malaysia, Dato Chang Khim Wah dalam ucapan berkongsi keterujaan dalam memperkenalkan QUANTUM sebagai cabang terbaru pasaran.
Untuk pengetahuan, kelahiran cabang terbaru ini dibuat bertujuan untuk menyampaikan projek dan produk yang dapat memenuhi keperluan dan aspirasi khusus dalam pasaran kini.
Bukan itu saja, QUANTUM juga diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan ekosistem bertenaga baru yang akan mempercepatkan pertumbuhan industri digital, teknologi tinggi, pertumbuhan tinggi dan nilai tambah tinggi.
Ini bertujuan memastikan perniagaan Eco World dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia serta mengekalkan posisi mereka sebagai antara perniagaan yang berdiri di barisan hadapan dalam keperluan industri.
Selain itu, Eco Business Park telah menarik perhatian pemimpin pasaran global yang beroperasi dalam arena teknologi tinggi dan digital hasil, daripada kemudahan industri moden dalam persekitaran selamat, bersih dan hijau yang ditawarkan.
Menariknya, Haiti Group dari China dan syarikat gergasi teknologi global, Microsoft telah menjadi antara pelanggan baru yang memilih Eco World Malaysia dalam mengembangkan operasi mereka di Malaysia.
Disebabkan permintaan berterusan daripada kumpulan pelanggan berteknologi tinggi dan digital telah memberi inspirasi kepada Eco World untuk hadir dengan konsep QUANTUM bagi meluaskan dan memperdalamkan pasaran perindustrian digital dan teknologi tinggi.
QUANTUM direka bertujuan sebagai peneraju pasaran dalam mempercepatkan pertumbuhan ekosistem digital dan teknologi tinggi yang akan memacu Eco World Malaysia ke hadapan untuk kekal bersaing di tengah-tengah perubahan teknologi pesat.
Menandakan komitmen mereka dalam mengembangkan cabang ini, Eco Business Park VT di Kulai, Iskandar Malaysia akan dinamakan semula menjadi QUANTUM sebagai wakil perniagaan pertama mereka di bawah cabang baru ini.
Dengan keluasan 403.78 ekar secara keseluruhan, ia akan menjadi salah satu hab digital dan teknologi tinggi terbesar oleh pemaju swasta di Malaysia.
Selain itu, QUANTUM juga akan menawarkan persekitaran bersih dan hijau yang sangat kondusif, dengan infrastruktur serta ketersambungan yang teguh untuk menyokong keperluan pemain digital dan teknologi tinggi yang lain.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source