Ratu cantik Ukraine tepati ramalan emas
PARIS – Ratu lompat tinggi Ukraine, Yaroslava Mahuchikh melengkapkan trofi Sukan Olimpik apabila berjaya meraih pingat emas diidamkan selepas melepasi had ketinggian 2.00 meter (m) pada final di Stade de France awal pagi semalam.
Atlet berusia 22 tahun itu turun membuat penampilan kedua di Paris dengan momentum terbaik apabila mencipta rekod dunia dengan catatan 2.10m pada saingan Liga Berlian berlangsung di venue berkenaan awal bulan lalu.
Aksi terbaik dipamerkan Mahuchikh berjaya mengatasi pencabar utamanya dari Australia, Nicola Olyslagers yang memenangi pingat perak acara berkenaan.
Seorang lagi atlet Australia, Eleanor Patterson berkongsi pingat gangsa bersama Iryna Gerashchenko dari Ukraine selepas kedua-dua melakukan catatan sama dengan melepasi had ketinggian 1.95m.
Lebih manis, Mahuchikh mendedikasikan pingat emas tersebut kepada hampir 500 atlet dan jurulatih yang terkorban sejak Rusia menyerang negaranya pada 2022.
“Anda tahu sudah tentu ia sangat penting (pingat emas). Di negara saya, Rusia telah membunuh (peperangan)… hampir 500 ahli sukan mati dalam perang ini. Mereka tidak akan bertanding atau meraikan serta merasai suasana seperti ini (Olimpik)
“Jadi, saya gembira dengan pingat emas ini dan ia benar-benar untuk mereka semua. Sungguh luar biasa bahawa kami kini mempunyai tiga pingat dalam trek dan padang,” katanya yang turut meraih pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020.
Mahuchikh sebelum ini dilaporkan terpaksa melarikan diri daripada pengeboman Rusia di bandar asalnya, Dnipro pada Februari 2022. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source